Cari perigi di belakang rumah
jernih airnya sejuk sekali
hidup ini kan dipandang indah
bersihkan hati perbaiki diri
Pokok ceri daunnya rendang
buah durian enak dimakan
orang senang selalu dipandang
pada yang susah jangan dilupakan
Isnin,selasa,rabu dan khamis
jumaat,sabtu,ahad hari minggu
masa berduit jangan berhabis
pabila susah menongkat dagu
Terbang merpati dua sekawan
walaupun jinak sukar dipegang
hati-hatilah memilih kawan
senyum di depan tikam di belakang
Bermain gasing di tengah laman
ini permainan tua dan muda
saling menghormati jadikan amalan
aman harmoni walaupun berbeda
Jauh berjalan di pekan sehari
air kelapa hilangkan dahaga
penat badan mencari rezeki
pulang gembira bersama keluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan