Assalam

Assalam..Di sini aku siapkan layang-layang rasa yang sering tertangguh tanpa sebab.Kini aku lepaskan layang-layang rasa ini bebas berterbangan di ruangan Rampaian Ilham

Isnin, 10 Oktober 2011

Dan Dalamnya


Dalam
erti yang telah tertanam
pada tanah kepercayaan
tidak tumbuh keraguan
mencipta kecintaan

dalam
menilai inci kebenaran
kaupanjat tembok kemusykilan
melangkaui pemikiran
membina keadilan

dalam
jurang kesamarataan
memegang akar kehidupan
melihat debunga persaingan
kauteguhkan ketulusan

dalam
renang senja perjalanan
bertemu pintu-pintu pertemuan
kaupegang tombol keimanan
membuka rahsia kesyukuran
dan dalamnya
sumur kenikmatan

Zaini Sh
110818
Rampaian ilham
'Dan dalamnya'

Tiada ulasan: