Assalam

Assalam..Di sini aku siapkan layang-layang rasa yang sering tertangguh tanpa sebab.Kini aku lepaskan layang-layang rasa ini bebas berterbangan di ruangan Rampaian Ilham

Rabu, 26 Oktober 2011

Selamat Tinggal Kekasih

Aku ingin pergi
mendung selalu datang
membawa hujan
ribut serta taufan
membadai kasih
tak mampu bertahan
ujian dan dugaan
menghakis ketabahan
berulangan..


Biarkan aku pergi
walau hujan akan berhenti
tidak mahu lagi
sering ku dilumuri
lumpur syak ciptaanmu 
memerangkap rindu
karam ke dasaran
kehampaan..


Setelah aku pergi
sepi pasti akan kembali
menjadi penghuni
kamar hatimu
hanya seperti mimpi
usah berlama sedih
percayakanlah kasih
akan hadir pengganti..


Aku bermohon diri...



Isnin, 24 Oktober 2011

Ayam Bakar Berlada



Bahan-bahan
Ayam bahagian dada
Sos lada hitam
Lada putih
Bawang putih
Halia
Cara-cara
Perapkan ayam dengan semua bahan dalam 2 jam atau lebih
Masukkan ayam dalam griller dan bakar untuk 20 minit

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kasih Kita

Berterbangan rindu-rindu
dalam ruangan angkasa
di langit kasih kita
dan sering ia singgah
dalam teratak sukma
jinak manja
dengan cinta ..
Kasih ini mekar
indah melebihi pelangi
mewah dunia bukan ukuran
mewah jiwa dengan tulus suci..


Khamis, 20 Oktober 2011

Vitamin

Vitamin A (retinol, retinal, carotenoids)
Kebaikan: Rabun malam, hyperkeratosis, keratomalacia, sistem imunisasi, metabolisme tulang, haematopoiesis, antioksida
KeburukanHypervitaminosis A
SumberCod Liver, lobak, broccoli, kentang manis, butter, bayam,  labu, keju cheddar, talur, betik, mangga, kacang pea, susu




Vitamin B3 (niacin, niacinamide)
KebaikanPellagra
Keburukan: Kerosakan hati
Sumber: ayam, daging, ikan tuna, salmon, susu, telur, avocado, kurma, tomato, sayur hijau,broccoli, lobak, kentang manis, asparagus, kacang, cendawan



Vitamin C (ascorbic acid)
KebaikanScurvy, antioksida
Sumber: kebanyakan jenis buah termasuk oren, pisang, strawberry, tembikai, anggur dan lain-lain, hati
Vitamin D (cholecalciferol)
Kebaikanrickets, osteomalacia
KeburukanHypervitaminosis D
Sumber: sinaran ultra violet, belut, salmon, sardin, tuna, telur, hati, cendawan, yis
Vitamin E (tocopherols, tocotrienols)
KebaikanHemolytic anemia
Keburukan: Meningkatkan kegagalan jantung
Sumber: kekacang, tomato, labu, kentang manis, mangga, asparagus, broccoli, betik, avocado, minyak sunflower

Kandungan Karbohidrat

Selasa, 18 Oktober 2011

Aku Yang Melihat


Mengalir airmatanya
tanpa suara
ada seribu rasa

Jauh renungannya
bagai lepasi 7 petala
mengadu derita

dia tiada peduli
pekikan suara
memohon kasihani jiwa

tingginya berdiri
di tepian hampa
menyanggah segala

aku yang melihat rasa
jiwamu berderai tanpa upaya
basah darah dan airmata
di kaki cinta tanpa suara

Zaini Sh
110524
Aku yang melihat


Isnin, 17 Oktober 2011

Permaisuriku

Sesekali kupetik
indah masa nan lalu
antara kau dan aku
sungguh hati tertarik
mengucup sayang padamu
dan bersyukur
kita telah bertemu


Segumpal rindu itu
menukilkan puisi baru
dalam saku sukmaku
di atas landasan restu
cinta kita menyatu


Segenggam manis di kalbu
kenangan memaut akar rindu
sejuta putik kasih membunga
satu cuma mekar selama


Tiada perlu menggamit resah 
tiada harus menanam gelisah
hanya dirimu iaitu kamu
satu-satunya permaisuriku


Radiasi Telefon Bimbit

Ramai yang menganggap telefon bimbit sebagai item merbahaya berikutan tersebarnya mesej berantai mengatakan telefon bimbit jadi penyebab kanser disebabkan kesan radioaktif. Sejauh mana kebenarannya?
Apa Anda Perlu Tahu?
- Berdasarkan kajian, radiasi telefon bimbit tidak mempunyai kesan ke atas mutasi sel (kanser disebabkan pengembangan sel yang tidak terkawal). Akan tetapi ianya boleh jadi bahaya jika terdedah pada suhu yang ‘sangat’ tinggi.
- Suhu yang tinggi termasuk kesan haba akibat pemanasan atau masak. Sejumlah kecil kuasa diserap oleh kepala manusia dan menumpu pada satu kawasan yang sangat kecil di dalam otak. Kesan ini pun boleh diabaikan kerana ianya akan kembali ke asal kecuali jika terdedah bertahun-tahun tanpa henti.
- Terdapat sesetengah orang yang merasa sakit kepala apabila bercakap terlalu lama dalam telefon bimbit. Ini adalah kesan bukan thermal yang dibentuk daripada getaran mekanikal gelombang.  Konsep yang sama digunapakai dalam muzik. Ada muzik didengar menyebabkan seseorang rasa tenang, ada muzik yang menyebabkan seorang tidak selesa dan sebagainya mengikut individu. Gelombang-gelombang tertentu digunakan dalam perubatan kerana sistem saraf manusia terpengaruh pada gelombang.
- Terdapat sesetengah orang ada masalah hipersensitif. Sebagai contoh, ada orang mudah mabuk laut, tetapi yang lain tidak. Begitu juga dalam penggunaan telefon bimbit, ada yang rasa dan ada yang tidak.
- Walau bagaimanapun, tiada kesan ke atas pengembangan sel kanser. Pengguna yang mengalami kanser menjadikan telefon bimbit sebagai alasan tetapi tidak mengambil kira gaya hidupnya sebelum ini dengan pemakanan yang tidak sihat, persekitaran dan sebagainya.
- Disebabkan radiasi yang minima, WHO mengatakan, telefon bimbit tidak perlu dilindungi oleh pelindung radiasi.
- Menggunakan telefon bimbit di stesen minyak adalah selamat tetapi tidak dibenarkan kerana ianya akan menganggu sistem operasi stesen minyak tersebut.
- Telefon bimbit mengganggu kebanyakan sistem termasuk sistem yang terdapat dalam kapal terbang.
- Jangan gunakan telefon bimbit di ruang tertutup dengan besi seperti dalam kereta kerana ianya akan penyebabkan telefon bimbit menggunakan tenaga yang besar untuk menembusi dinding yang ada. Mengikut hukum Faraday, ruang besi dapat memantulkan radiasi di dalam ruang tersebut dan menyebabkan radiasi yang lebih.
- Jangan gunakan bateri palsu. Ion lithium mudah meletup.
- Menurut banyak kajian termasuk Foster & Rapacholi (2004), Muller (2002), Lyskov (2001) dan sebagainya, menunjukkan tiada kesan radiasi timbul daripada penggunaan telefon bimbit. Tiada bukti ditemui walaupun ada kajian menunjukkan dari 451 orang yang diuji menunjukkan 7 mengalami kesan radiasi, tetapi apabila diuji semula, tidak mendapat hasil yang sama.
- Walau bagaimana pun, jika telefon bimbit diletakkan di bahagian tertentu boleh menyebabkan bahagian tersebut menjadi lemah. Sebagai contoh, mereka yang suka meletakkan telefon bimbit dalam seluar, ada kemungkinan akan mengalami sakit pinggang. Ini berikutan kesan pantulan radiasi yang sedikit di dalam ruang kecil. Walau bagaimana pun tiada kesan dilaporkan pada seseorang yang duduk di kawasan terbuka.
- Elakkan meletak telefon bimbit di dalam poket atau berdekatan anda ketika sedang bersenam, lebih-lebih lagi di dalam gymnasium. Gymnasium dikelilingi dengan besi dan didalam suatu ruang. Dengan telefon bimbit di dalam poket, ada kemungkinan anda tidak dapat melakukan senaman pada tahap maksima.
- Apa yang dikeluarkan di surat khabar adalah cerita tentang ‘kebimbangan’ penggunaan telefon bimbit untuk satu tempoh yang agak lama berikutan aktiviti elektromagnetik dan bukannya hasil kajian tentang radiasi. Ianya berdasarkan kajian survey kepada pengguna tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Harap dapat dibezakan.
- Jika telefon bimbit sangat merbahaya seperti yang dinyatakan dalam mesej berantai, dah lama penggunaan telefon bimbit diharamkan dan alternatifnya dicari. Walau bagaimana pun, kajian demi kajian masih dijalankan dari semasa ke semasa.

Epilog Mawar

Di Dalam Kembara Puisi

Dipedalaman Kesal

Malam Menangis

Ahad, 16 Oktober 2011

Bahana Penyakit Kencing Manis




Kurangkanlah gula di dalam minuman dan makanan anda andai anda tidak mahu anggota tubuh badan anda menjadi seperti gambar di atas.Kalau sudah menjadi begini akibatnya menakutkan..




Pil dan Air Minuman


Tahukah anda yang anda tidak boleh mengambil ‘kebanyakan’ pil dengan sebarangan air?
Air Panas
Ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakan pil, lebih-lebih lagi untuk tujuan perubatan seperti demam tidak boleh diambil dengan air panas. Salah satu disebabkan suhu. Satu lagi dipercayai ada kemungkinan ubat tersebut lambat turun ke perut untuk dihadamkan. Tiada kajian lanjutan berkenaan pil dan air panas. Cuma tersebar satu khabar angin berkenaan cerita seorang lelaki yang mengambil antibiotik dengan air panas sehingga menyebabkan radang di esofagus sehingga tidak boleh makan kira-kira seminggu dan hanya boleh minum susu. Cerita ini disebarkan menerusi surat berantai.
Air Ais
Asas penghadaman di perut sangat mudah, menurut suhu badan. Air ais menurunkan suhu dan menyebab 2 kerja di dalam sistem pencernaan yang mana menyebabkan tidak berapa efisien. Jangan bandingkan diri dengan situasi di tempat lain seperti negara panas. Mereka sudah menyesuaikan diri dengan cuaca.
Air Buah
Air anggur menyebabkan badan menyerap terlalu banyak kandungan ubat tersebut dalam sesuatu masa sedangkan ubat tersebut dibentuk supaya penyerapannya menurut suatu kadar. Tahukah anda bahawa bentuk ubat adalah untuk menghalang penyerapan segera ubat-ubatan dalam sesuatu masa. Jangan dipecahkan penadol kepada serbuk jika tidak perlu. Air buah lain seperti epal, oren akan menyebabkan badan menyerap terlalu sedikit ubat dan buang yang selebihnya.
Kopi, Teh, Soda
Keasidan dan kafein akan meningkatkan lelah bagi mereka yang mengambil ubat lelah. Manakala dengan aspirin atau ubat tahan sakit akan menyebabkan heartburnHeartburn juga dikenali sebagai pyrosis yang mana merupakan sakit seperti terbakar di dada. Sakitnya biasa bermula di dada dan mungkin berlarut ke leher dan kerongkong. Manakala keasidan pula menyebabkan ubat yang diambil larut lebih cepat daripada sepatutnya. Keasidan juga mengurangkan pengeluaran mukus perlindungan di antara perut dan esofagus dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan ulser.
Susu
Kalsium dalam susu akan menyerapkan sebahagian khasiat ubat. Walaupun badan menyerap kalsium tersebut tetapi badan tidak akan mendapat kesan penuh ubat tersebut. Susu juga mengambil masa 3 kali ganda lebih lama daripada air untuk memecahkan pil tersebut disebabkan lemak di dalam susu.
Jika semua tak boleh, apa yang boleh?
Senang cerita, ambillah pil dengan air kosong pada suhu bilik. Tapi bukan semua pil, kebanyakan sahaja. Ada pil yang memerlukan air berlainan untuk bertindak dengan lebih baik. Ada pil yang elok diambil dengan air suam. Dapatkan nasihat doktor jika perlu.
Nota: Pil dan kapsul tak sama. Pil yang diceritakan diatas adalah pil untuk tujuan perubatan dan bukannya vitamin dan sebagainya.

Kampung Bapaku


Aku di kampung bapaku di Parit 3 Hj Samsuri,Kuala Kurau,Perak.Suasana kampung yang tenang.

Lagu kegemaran




Sebuah lagu kegemaran..

SELAPUT DARA

Selaput dara atau hymen merupakan lapisan (membran) yang menutupi penuh atau sebahagian permukaan vaginal. Ia membentuk sebahagian daripada vulva atau permukaan luar genitalia. Saiz pembukaan hymenal meningkat mengikut umur.
Walaupun terdapat kaedah ‘praktikal’ untuk memeriksa hymen, tetapi agak sukar untuk memeriksa status dara seseorang. Dalam kes seperti kes rogol kanak-kanak, kajian menunjukkan hymen yang koyak boleh sembuh walaupun mungkin tidak seperti asalnya. Memasuki peringkat remaja, pembukaan hymenal mungkin berlainan berbanding zaman kanak-kanaknya. Terdapat kajian juga menunjukkan, terdapat perempuan yang lahir tanpa selaput dara.
Secara biologinya, membran ini tidak berfungsi, namun ia menjadi beban yang berat pada seorang gadis untuk dinilai. Isu dara atau tidak selalu didebatkan. Di bahagian-bahagian tertentu dunia, mungkin terbalik di mana, jika seseorang masih dara, menunjukkan dia tidak laku. Walau bagaimana pun, selaput dara bukan bukti jelas menunjukkan dara atau tidak. Ini adalah kerana selaput dara sangat elastic dan boleh pecah mungkin disebabkan faktor lain seperti kerja berat, aktif dalam bersukan, menunggang basikal dan sebagainya.
Terdapat tempat seperti di Afrika yang memperkenal kaedah memeriksa dara, yang mana disaksikan beberapa orang. Apabila disahkan, akan mendapat sijil dara. Cara yang digunakan agak tidak praktikal. Tiada sebarang cara mudah seperti ujian darah untuk menentukan seseorang itu masih dara.
Sejak zaman dulu, ada beberapa kaedah yang diguna pakai oleh orang tua-tua untuk mengenal pasti status dara seseorang. Cara begini mungkin agak kurang praktikal juga berikutan boleh melakukan penipuan. Antara kaedahnya seperti;
1. Dahi – Jika gadis masih suci, dahinya licin. Kedutan yang muncul berlainan dengan kedutan disebabkan faktor usia. Kedutan suci ini tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap. Kaedah ini mungkin tidak praktikal jika seseorang menggunakan suntikan botox, vitamin C dengan collagen dan sebagainya.
2. Buah Dada – Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Apabila sudah kena sentuhan, buah dada itu akan kurangkan tegangnya dan kelihatan jatuh sedikit. Lebih kerap disentuh, lebih kendur. Kaedah ini juga boleh ditipu oleh seseorang yang melakukan senaman untuk seratus anterior seperti cable cross yang mana mampu membantu payu dara kelihatan tegang seperti masih darah walaupun sudah beranak 5.
3. Perut – Gadis yang pernah melakukan hubungan seksual, perutnya akan mengembang dan kelihatan buncit sedikit. Buncitnya berlainan daripada buncit kegemukan. Kaedah ini juga tidak praktikal untuk mereka yang bersenam dan memiliki perut yang lawa.
4. Bibir – Kebiasaannya, bibir yang tidak pernah dicium tidak menarik. Apabila bibir bertemu bibir, ada pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bentuk yang lebih menarik. Tetapi secara genetik, mungkin terdapat gadis yang bibirnya semulajadi cantik. Jadi, tidak perlulah lakukan suntikan tebalkan bibir jika bibir tidak cantik. Jika sudah berkahwin, rajinkan diri mencium suami.
5. Punggung – Bentuk punggung gadis yang sudah kehilangan dara akan kelihatan terjatuh ke bawah kerana berlaku rangsangan nafsu ketika hubungan yang mana juga merupakan penyesuaian badan perempuan untuk mengandung. Kaedah ini boleh ditipu oleh mereka yang rajin melakukan senaman untuk punggung seperti squat. Mereka yang rajin melakukansquat akan memiliki punggung yang lentik dan pejal seperti seorang dara.
6. Tumit – Kaedah mudah yang selalu digunakan oleh orang tua-tua dahulu dengan memicitkan bahagian tumit. Sekiranya selepas picit darah kembali dengan cepat, menunjukkan masih dara. Jika kembali dengan lambat, dicurigai. Mungkin juga terdapat faktor-faktor lain yang menghalang.
7. Telinga – Telinga gadis yang masih dara akan kelihatan kemerahan dan cantik berbanding gadis yang tidak dara yang mana kelihatan leper dan tidak menawan. Cara yang tidak praktikal kerana mungkin dihalang oleh faktor keturunan.
8. Faraj – Pintu kemaluan mereka yang pernah melakukan hubungan seksual mungkin agak renggang sedikit dan lebih kembang. Tetapi terdapat pelbagai bentuk pembukaan vagina. Vagina yang terasa ketatnya, mungkin juga petanda dara, tetapi ianya boleh ditipu dengan oleh mereka yang rajin melakukan senaman kaki seperti leg extension. Mereka yang kuat bahagian kaki, mampu mengemut dengan kuat sekaligus menipu dara dan masih boleh kekal seperti dara walaupun dah berkahwin 20 tahun.
Terdapat juga beberapa kaedah lain seperti Applied Kinesiologi dan sebagainya untuk menguji.