Mukabuku
jalinan lebar
tempat tumpahnya emosi
pelbagai warna
rencam corak coret
cetusan letusan rasa
cerminan getus jiwa
mukabuku
bicara melata merata
jujur atau pura-pura
minat atau suka-suka
panas atau sejuk
positif atau negatif
berlapang dada
depangkan fikiran
mukabuku
bank jutaan hati
saluran keluar,masuk
putih mahupun hitam
bersih juga kotor
datang dan pergi
aduhai mukabuku
tertanya-tanya aku
jangka hayatmu..
3 ulasan:
hebat blogmu ..tahniah sifu zaini..
tahniah Zaini
Azura~terima kasih menyokong,biasa jer blog ni..hee
Mazura~hee..terima kasih my blog sifu
Catat Ulasan