Assalam

Assalam..Di sini aku siapkan layang-layang rasa yang sering tertangguh tanpa sebab.Kini aku lepaskan layang-layang rasa ini bebas berterbangan di ruangan Rampaian Ilham

Sabtu, 31 Disember 2011

Selam dan Malam

Selam
simfoni kehidupan
irama keredhaan
ketentuan kekuasaan
mengisi perjalanan
pengembaraan


Malam
pengisian kegelapan
menuntun kekhusyukan
bercambah kepercayaan
mengerti noktah pencarian
keinsanan


Malam
lena bukan kemestian
mimpi ada penafsiran
kenali diri keseorangan
fahami kehambaan
ketakwaan


Selam
semakin dalam penggalian
temukah jantung kecintaan
degupan tanda kerinduan
islam membawa kemenangan
kesempurnaan

Terpaksa

Kau sengaja jauh jarakkan hati
tak kaukirimkan khabar beritamu
kaubiarkan masa berlalu begitu
aku termanggu dibelenggu rindu
     Ku bertanya diam tiada berjawab
     bicaraku tidak kaupeduli
     namun sendu kasihmu kudengari
     seolah engkau memaksa membenci
Tanpa kasihan kaubiar kuderita
memendam rindu dan kasih yang membisu
berikan aku jawaban kepastian
apakah aku tak lagi kauperlukan
     Ku tak berdaya hati kecewa
     terpaksa jua lepaskan ikatan kita
     tika melangkah keluar dari cinta
     engkau berkata aku tiada berdosa

Jumaat, 30 Disember 2011

Sampaikan Salam Maaf

Sampaikan salam
teristimewa..
dan angin malam
khabarkan kepada mereka
kugembira bersamanya
berbahagi rencam rasa
sehaluan seiring arah
ada jua persimpangannya


Kukirim maaf buat semua
titipan rasa mengundang gelora
perbezaan pengertian
kata-kata mahupun catatan
nukilan sang jiwa
bukanlah cerita sempurna


Akan berpisah tiba waktunya
berairmata gugurlah sisa duka
bukan mudah terlupakan
tidakkan lalai dari ingatan
sendaloka rasa
antara aku dan mereka
sahabat alam maya

Kembali Mekar

Aku mula tertanya
kemana dirinya
kala langit terang
dia menghilang
aku masih menunggu
senyummu
mengutuskan bingkisan rindu
dan akhirnya kusedari jua
hanyalah ada bayangan luka


Berderai airmata
menahan gelora
kesedihan rasa
kian mencengkam minda
akukah bersalah?
diammu berbisa
berikan jawaban
penawar kepedihan


Aku mendukung resah
zahir tak terlihat
diammu bunga
pada musim kuntuman
langit yang membiru
telah berarak mendung
tak kumahukan hujan
disaat ku kebasahan


Mendung berarak pergi
langit jernih kembali
kumbang yang bersembunyi
kini terbang mencari
bunga mekar mewangi
di laman rindu ini
kasih bersemi semula
bahagia...
bukanlah mimpi.

Ahad, 18 Disember 2011

Amarah dan kasih

Amarah yang terpapar
tepian pantai sepi itu
rindu telah bersuara
tentang hati
pasang dan surut
selaut cinta
gelora di utara
bertenang selatan


Kasih yang tersimpan
di puncak rasa ini
ada aliran rindu
ke permaian jiwa
jurang dan curamnya
segunung cinta
mendung pada awangan
cerah pasti seluruh langit

Rabu, 14 Disember 2011

Hibur Rasa

Langit mulai tenang
setelah hujan pulang
ufuk pamer senyum panjang
berputiklah senja alam
malar galur warna jingga
seketika indahnya
pesona nyata mata
dan pabila malam tiba
aku mencari,menanti itu
apakah atau siapakah?
itu hibur rasa
biarlah rahsia..

Jumaat, 2 Disember 2011

Bermimpi

Malamku bermimpi
langit berwarna-warni
terbang cenderawasih pandai menyanyi,
bersama susah senang diharungi
genggamlah erat jari
seiring sehati


Malamku bermimpi
mawar alas pelangi
kuntuman indah mekar mewangi,
menuai kasih sungguh bererti
cinta yang sejati
seperti kuhajati


Malamku bermimpi
bulan turun ke bumi
dewa dan dewi asyik menari,
serasakan duniaku berseri
saling menyayangi
bahagia sejoli

Anak Isteri

Dikau melati sukma
kasih pujaan
mekar berkembang di jiwa
harum pujian
permata hati
cahaya menyeri
syurga duniawi


Dikau mustika nyawa
wangian cinta
berdegup jantung kita
senada seirama
bernyanyi jiwa
dendangan asmara
syurga bahagia