Assalam

Assalam..Di sini aku siapkan layang-layang rasa yang sering tertangguh tanpa sebab.Kini aku lepaskan layang-layang rasa ini bebas berterbangan di ruangan Rampaian Ilham

Jumaat, 4 November 2011

Bunga-bunga Dan Pelangi

Aku ingin menjadi pelangi yang cantik
memberi ilham pada para pujangga
tatkala hujan gerimis kepergian aku hadir
dengan warna siang kehidupan
tersenyumlah wahai bunga-bunga pujaan
menarilah si kumbang mengintai manis
berirama lunak suara mereka gembira..
dikala waktu menghujung
di situ pelangi masih cuba bersenyum
sedang terusik hatinya mendengar rintihan..
rintihan bunga-bunga
kesepian...
kelayuan..
keguguran..

Tiada ulasan: